JEMPUTAN KHAS BENGKEL BAHTERA 2018
“ KEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI 'CLOUD' DAN APLIKASI PINTAR ”
Salam hormat Tuan and Puan!
Berita baik untuk semua USAHAWAN PANTAI TIMUR!
Bengkel “ Kembangkan Perniagaan Anda Menggunakan Teknologi 'Cloud' dan Aplikasi Pintar ” bakal menemui anda pada 24 Februari 2018 di dalam Program BAHTERA 2018 , Kuantan, Pahang.
Program BAHTERA 2018 merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan usahasama kolektif di antara pihak kerajaan dan swasta untuk memperkasa usahawan Bumiputera supaya lebih berdaya saing di dalam ekosistem keusahawanan tempatan dan antarabangsa.
Program ini menawarkan penyertaan dalam pelbagai segmen mengikut kesesuaian seperti Bimbingan Usawanan, Peluang Perniagaan (booth agensi keusahawan), Pameran (Marketplace), Pitch, Ilmiah dan Bual Bicara.
“ Kembangkan Perniagaan Anda MenggunakanTeknologi 'Cloud'Dan Aplikasi Pintar ”
Apa Yang Anda Akan Pelajari?
- Anda akan didedahkan dengan teknologi awan yang akan membantu untuk membaca kedudukan kewangan syarikat anda dengan menggunakan sistem.
- Peserta dapat meningkatkan peluang perniagaan anda dengan lebih meluas.
- Meningkatkan pencapaian jualan anda dan memantau sasaran jualan anda .
- Para peserta dapat mengawal dan memaksimunkan masa untuk memantau syarikat dan pekerja.
- Para peserta yang hadir akan diberikan latihan khusus / follow up selepas program.
Temui barisan penceramah berpengalaman yang akan membantu untuk memperkembangkan lagi bisnes anda pada :
Tarikh: 24 Februari 2018 (Sabtu)
Masa: 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan Pahang
- Penceramah 1 : En Ir. Aziz Ismail
Encik Ir Aziz Ismail merupakan Chief Executive Officer (CEO) dan Pengasas Authentic Venture Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terulung dalam cloud-based software development. Ir Aziz Ismail mempunyai lebih dari 25 tahun pengalaman sebagai usahawan dan juga CEO di syarikat antarabangsa. Beliau juga merupakan Board of Advisors untuk "New Entrepreneur Forum" dan juga merupakan Profesor Adjunct di Universiti Utara Malaysia.
- Trainer : En Haslan Junior
Encik Haslan Junior merupakan Head Business Development di Authentic Venture Sdn Bhd. Beliau juga mempunyai 6 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran dan jualan serta dalam industri SMEs.
Tentatif bengkel:
Masa | Aktiviti/Agenda |
---|
1.30 petang | Pendaftaran |
2.00 petang | Pembukaan Majlis oleh Pengerusi Majlis |
2.15 petang | Slot 1 : Kembangkan Perniagaan Anda Menggunakan Teknologi 'Cloud' & Telefon Mudah Alih |
3.45 petang | Slot 2 : Aplikasi Sistem Cloud - OfficeCentral |
4.30 petang | Slot khusus |
5.00 petang | Tamat |
Siapa Yang Patut Hadir?
- Usahawan yang berminat untuk berkembang
- Usahawan Start-up (Baru memulakan perniagaan)
- Terbuka kepada semua warga Malaysia
Apa tunggu lagi? Daftar Segera!
Tekan butang "REGISTER" di atas untuk Pendaftaran !
Tempat adalah TERHAD!
Anda juga digalakkan untuk membawa laptop (jika ada) dan juga kad bisnes anda semasa menghadiri bengkel tersebut untuk peluang berkenalan dan bertukar kad bisnes dengan usahawan-usahawan yang lain.
Sila hubungi 01156841087(Sakinah/Samihah/Zulaiha) atau email di [email protected] untuk maklumat lanjut.