Kelas ini adalah percuma, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Jika anda sudah mendaftar dan tidak dapat hadir di saat-saat akhir, sila maklumkan kepada pihak SITEC melalui e-mel ([email protected]) atau melalui aplikasi WhatsApp di 017 260 9960 (supaya pihak kami boleh memberitahu pihak katerer tentang kuantiti makanan yang perlu disediakan untuk mengelakkan pembaziran).
SITEC juga telah menjemput syarikat-syarikat daripada industri e-dagang untuk datang dan membuka kaunter. Anda boleh melawat kaunter-kaunter mereka sebelum dan selepas kelas e-dagang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan e-dagang yang ditawarkan.
Berikut adalah sedikit peringatan untuk anda:
1) Pendaftaran
Kelas akan bermula pada pukul 2.00 petang dan pendaftaran akan bermula tepat pada pukul 1.30 petang. Proses daftar masuk adalah mudah, anda hanya perlu tunjukkan kepada kami kod QR tiket mudah alih anda, atau beritahu kami nama yang anda daftarkan.
2) Tempat duduk
Anda bebas untuk duduk dimana-mana. Sila penuhkan barisan hadapan dahulu. :)
3) Minum petang
Minuman petang dan makanan ringan ada disediakan untuk peserta selepas kelas tamat.
4) Lokasi
Berikut adalah lokasi kami di dalam i-City Shah Alam (https://goo.gl/maps/nd3Ma8sHUwm). SITEC berada di blok E-28-1, di tingkat 1, beri perhatian kepada bunting biru di tangga sebagai penanda ke SITEC.
5) Kadar Tempat Letak Kereta
- Isnin hingga Ahad (6 pagi - 7 malam): RM3 untuk 2 jam pertama dan penambahan RM3 untuk 2 jam berikutnya.
- Isnin hingga Ahad (6 petang - 6 pagi): RM10 sekali masuk
6) Jadual kelas percuma yang akan datang
Diharap dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan esok dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai e-dagang.
Yang benar,
Salman Ahmad
(0172609960)
SITEC