UNDANG-UNDANG & PERATURAN
PERATURAN TERTAKLUK PADA PENERANGAN DARIPADA PEGAWAI TEKNIKAL KAMI MR. IYARU (PERSATUAN OLAHRAGA AMATUR PERLIS)
PERATURAN UMUM
1) Penglibatan peserta dalam pertandingan ini adalah tanggungjawab masing-masing. Pihak pengajur tidak bertanggungjawab atas kecederaan atau kemalangan yang menimpa peserta sepanjang kejohanan. Walaubagaimanapun, penganjur berusaha untuk mengawal keadaan keselamatan sebaik mungkin sepanjang pertandingan berlangsung.
2) Peserta boleh mendaftar hanya satu kategori sahaja.
3) Para peserta hendaklah memakai nombor bib larian di bahagian depan baju sepanjang larian.
4) Kenderaan sokongan atau pacer adalah tidak dibenarkan.
5) Para peserta hendaklah berlari di trek larian yang telah ditetapkan. kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
6) para peserta wajib menjaga keselamatan diri dan persekitaran tanpa melakukan sebarang kerosakan sepanjang larian.
7) larian tertakluk di bawah undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (disahkan oleh Mr. Iyaru).
8) Para peserta yang ingin membuat bantahan terhadap peserta lain atau memaklumkan pelanggaran peraturan mestilah berbuat demikian secara bertulis kepada pihak penganjur sebelum keputusan dikeluarkan beserta bayaran RM200. Keputusan setelah pengumuman rasmi adalah muktamad.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
1) AQILAH - 017 5528641
2) IZHAM - 0194744284
3) MAHAZIRA - 011-58288638
4) ERIFFIN - 013-5915466
Penganjur : Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan & Unit Kokurikulum SMK Dato' Jaafar Hassan