POLYCC Jubilee Beach Fun Walk 2019 merupakan salah satu program yang dilaksanakan sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Politeknik Malaysia. Program ini dijalankan serentak di 10 lokasi seluruh negara pada 23 Mac 2019 melibatkan acara samada berjalan, berlari atau berbasikal.
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) menjadi koordinator bagi Zon Pahang dan akan melaksanakan program ini bersama-sama Politeknik-Politeknik dan Kolej-Kolej Komuniti Zon Pahang.
Percuma T-Shirt kepada 500 peserta terawal
Selain daripada aktiviti Funwalk, pelbagai aktiviti lain juga dilaksanakan