KAYUHAN SANTAI JALUR GEMILANG MPAJ 2019
EVENT PAGE
Website: www.mpaj.gov.my
Page : program masyarakat mpaj
PEMULANGAN DAN PEMBATALAN
- Tiada pemulangan yuran akan dibuat sekiranya:
- peserta membatalkan penyertaan sesudah pendaftaran.
- berlakunya bencana alam seperti ribut taufan, banjir dan sebagainya.
- Sekiranya berlaku hujan lebat, penganjur berhak untuk membatalkan program / menunda program ke tarikh lain yang difikirkan sesuai.
INSURAN DAN KESELAMATAN
- Ambulans akan disediakan sepanjang program berlangsung.
- Peserta adalah :
- bertanggungjawab dengan kesihatan sendiri di mana peserta adalah dinasihatkan untuk berjumpa pakar kesihatan / doktor sebelum program bermula bagi menentukan tahap kesihatan masing-masing;
- bebas daripada apa-apa ubat-ubatan, masalah mental dan lain-lain yang berkaitan;
- bertanggungjawab dengan sebarang risiko sepanjang program ;
- Peserta juga dinasihatkan mempunyai insuran sendiri;
- Penganjur akan mengambil semua langkah-langkah keselamatan yang ada untuk kepentingan bersama. Bagaimanapun, peserta juga perlu bertanggungjawab ke atas diri masing-masing.
KEMUDAHAN
Toilet disediakan di kawasan program.
(Mohon pastikan tiada kerosakan terhadap kemudahan yang disediakan)
STESEN AIR
- Satu (1) stesen air akan disediakan.
TEMPAT LETAK KERETA
- Peserta tidak dibenarkan memakir kenderaan di dalam kawasan Padang Perbandaran (kawasan program).
- Peserta boleh memakir kenderaan di sekitar kawasan Menara MPAJ, Maybank, Stesen Minyak Shell / Petronas, Restoran Steven Corner atau di kawasan perumahan bersebelahan Balai Bomba.
INSENTIF PENYERTAAN
- Tshirt Micro Fiber
- Insuran
- Light Breakfast
- Cabutan Bertuah : Cabutan Utama sebuah motorsikal
PENGAMBILAN TSHIRT
Date | 24 Ogos 2019 (Sabtu) |
Venue | Lobi, Menara MPAJ, Majlis Perbandaran Ampang Jaya |
Time | 10.00am – 4.00pm |
Peringatan kepada peserta:
- Sila bawa slip pengesahan pendaftaran daripada tiket2u beserta kad pengenalan;
- Sekiranya pengambilan baju adalah melalui orang tengah, sila pastikan keperluan berikut dibawa bersama:
- slip pengesahan pendaftaran daripada tiket2u; dan
- salinan kad pengenalan / pasport
- Tshirt yang tidak diambil boleh dituntut sehari selepas program dalam tempoh 1 minggu. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana tshirt yang tidak dituntut selepas tempoh tersebut.
|
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN
- Penyertaan ditutup pada 9 Ogos 2019
- Tertakluk kepada 800 penyertaan terawal melalui online dan 200 penyertaan melalui pendaftaran menggunakan borang di Menara MPAJ, Pandan Indah.
- TIADA Pendaftaran akan dibuka pada hari program.
TSHIRT
