Penternakan arnab pedaging suatu industri baru jika dibandingkan dengan ternakan ladang yang lain. Penternakan ini boleh dilakukan dalam skala kecil (backyard) atau skala komersial. Pada skala komersial, arnab boleh diternak menggunakan sistem automasi serta pengurusan bersistematik seperti yang dilakukan dalam industri ayam pedaging. Penternakan arnab sangat sesuai dibuat secara intergrasi dengan penternakan atau pertanian lain. Ia penternakan yang mesra alam dan mudah dijadi ternakan dalam bandar atau ‘urban farming’. Oleh kerana penternakan arnab merupa industri baru di Malaysia, cabaran industri ini adalah unik. Ketahui bagaimana memulakan penternakan arnab pedaging dan cara efektif memasarkan hasil dari ladang ternakan arnab melalui perkongsian Puan Aisya Abdullah. Beliau merupakan seorang 'strategist' dalam industri agri-bisnes dan telah berkecimpung dalam dunia ternakan arnab pedaging selama lebih dari 7 tahun. Puan Aisya mempunyai harapan tinggi untuk industri penternakan arnab pedaging komersial. Beliau dan pasukan beliau telah bertungkus-lumus sejak dari awal lagi untuk membawa industri ini ke peringkat yang mampu berdaya saing setanding industri ternakan komersial yang lain.