Event Notice |
---|
Event Notice: Event Cancellation Annoucement from IRHAM Culipreneur Sdn BhdDear Participant: We regard to postponed this event to later date. Sorry for any inconvenience this may cause to you. Again, very apologies to all the supporter. We appreciate your understanding. Thank you.
Anything you may drop us an email: [email protected]
Thank you.
|
Event Information
Date
| 28 Sep 2019
|
Time
| 8.30am - 5.30pm
|
Venue
| MH Hotel Ipoh
|
Fee
| Silver: RM90 - inclusive of 1 unit of Workbook & Name Sticker Gold: RM150 - inclusive of 1 unit of Workbook, Door Gift, Lunch & Name Sticker Diamond: RM200 (Front Stage. VIP Seating) - inclusive of 1 unit of Workbook, Door Gift, Special Lunch with the Speaker & Name Sticker
|
Tentang Seminar
Seminar imej 360 dianjurkan bagi memberi ilmu imej untuk wanita tampil eksklusif. Pelajari formula imej yang menyeluruh untuk tampil lebih yakin, lebih berkredibiliti dan memberi impak kepada bisnes, kerjaya dan kehidupan peribadi.
Objektif
Meningkatkan keyakinan wanita dari semua aspek penampilan, tingkah laku dan komunikasi
Memberi inspirasi kepada wanita untuk tampil lebih yakin dan menarik
Menjadi platform utama kepada wanita untuk mendapat ilmu imej yang tepat dan praktikal
Memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan imej dalam kehidupan
Semua wanita mahu kelihatan rapi dan cantik. Semua wanita mahu ada rasa yakin pada diri. Namun tidak semua wanita tahu teknik dan strategi urus imej diri yang praktikal dan berkesan. Tidak semua wanita tahu langkah untuk ubah penampilan diri.
Jika imej diri dibiarkan atau dijaga dengan sambil lewa, wanita pasti akan mula hadapi perkara berikut:
- Keyakinan diri menurun, kecewa dengan diri sendiri
- Apabila imej diri tidak diurus, automatik akan mula hilang rasa yakin, mula tidak percaya kemampuan diri.
- Rasa ragu-ragu akan menebal sehingga menghalang diri untuk melakukan tindakan mencapai sasaran tertentu, impian atau cita-cita.
- Sukar menyesuaikan diri dan takut untuk bergaul
- Ketakutan untuk menyuarakan pendapat dan ketakutan untuk bergaul menjadi masalah besar dalam menyesuaikan diri.
- Lebih-lebih apabila melihat imej orang lain jauh berbeza dengan imej diri. Akhirnya, hanya duduk diam dan menerima sahaja.
- Rasa malu kekok, janggal dan tidak kena
- Kebolehan dan potensi sebenar tidak kelihatan
- Imej diri yang ada sekarang tidak membantu orang lain untuk nampak potensi diri yang sebenar.
- Walaupun diri sendiri rasa ada kebolehan, orang sekeliling seperti pandang sebelah mata kerana imej tidak selari dengan kebolehan itu.
Kenapa Perlu Hadir?
- Untuk tingkatkan potensi dalam kerjaya, perniagaan dan hubungan keluarga, wanita perlu tahu cara membina imej diri yang eksklusif.
- Untuk yakin dengan imej yang dibentuk, wanita perlu kenal karakter diri sebelum membina imej yang serasi dengan karakter tersebut.
- Untuk rasa yakin ketika bergaya dalam pelbagai acara dan keadaan tanpa mengira usia, wanita perlu bijak memilih gaya yang sepadan dengan tubuh sendiri.
- Untuk menyampaikan mesej karismatik melalui penampilan, wanita perlu tahu warna yang sesuai dengan diri.
- Untuk cantik secara menyeluruh, wanita perlu pelajari teknik interaksi yang mudah disukai dan dilihat berpengaruh.
Isi Kandungan Seminar
- Cantik Walau Sibuk - Cara urus penampilan diri dengan konsisten walaupun sibuk dengan kerjaya atau sibuk urus keluarga
- Penjagaan Diri - Teknik bina imej yang berkualiti dengan amalan penjagaan diri dan kecantikan yang mudah dilakukan di rumah
- Pemilihan Produk - Cara pilih produk yang betul dan mampu milik bermula dengan syampu, sabun, losyen dan produk penjagaan diri yang lain.
- Padanan Warna - Kenali warna dan kombinasi warna serta corak pada pakaian, tudung dan pakaian agar tampil lebih berseri-seri
- Pemilihan Tudung - Teknik memilih dan membeli tudung serta pakaian berdasarkan bentuk, rangka dan ketinggian tubuh
- Pengurusan Pakaian - Strategi mengurus pakaian dan mengurus almari pakaian agar penggunaan boleh dimaksimumkan dan pembaziran dikurangkan
- Etika Pergaulan - Tampil lebih anggun dan santun dengan amalan etika yang bagus semasa bergaul dan ketika sesi networking
- Teknik Bina Gaya - Langkah untuk bina gaya yang tersendiri, tidak keterlaluan, tidak membazir dan tidak terikut orang lain
Siapa Perlu Hadir?
*Kakitangan sektor awam *Kakitangan sektor swasta *CEO/pemilik syarikat
*Pengurus/ketua unit *Setiausaha/pembantu tadbir *Pegawai yang terlibat dalam tugasan jualan dan pemasaran
*Pegawai khidmat pelanggan *Usahawan Penjual produk kecantikan *Pengusaha butik Ejen insuran Suri rumah