- Untuk penghantaran keputusan larian, anda perlu menghantar screenshot aplikasi penjejak larian (running tracker) dengan butir-butir seperti berikut dan memuat naik menerusi portal Ticket2U. Berikut adalah contoh maklumat yang dikehendaki :
- Contoh screenshot keputusan larian:
- Setiap peserta perlu menghantar keputusan larian secara berasingan (individu), walaupun didaftarkan secara berkumpulan.
- Peserta juga digalakkan mengambil gambar kreatif dan muatnaik di laman sosial masing-masing dengan tanda pagar #SPUTNIKRUNPLANETARIUM2020. Tema warna Minggu Angkasa Sedunia ialah UNGU.
- Segala keputusan adalah MUKTAMAD.
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta atau acara tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
- Keputusan larian akan dimaklumkan oleh penganjur menerusi Facebook Planetarium Negara. Urusan pengambilan hadiah juga akan dimaklumkan kelak.
|
Sputnik 6.3KM Virtual Run bersempena dengan Program Minggu Angkasa Sedunia yang dijalankan pada 4 hingga 10 Oktober setiap tahun. Minggu Angkasa Sedua adalah program tahunan yang disertai lebih dari 90 buah negara termasuk Malaysia. Tema pada tahun ini adalah ”Satellites Improve Life”.
Nama "Sputnik" adalah bersempena satelit pertama buatan manusia yang telah dilancarkan ke orbit bumi pada 4 Oktober 1957 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. Signifikan jarak larian sejauh 6.3km adalah sempana 63 tahun satelit ini dilancarkan dan juga sambutan Hari Kebangsaan yang ke-63 tahun. Dengan adanya Sputnik 6.3KM Virtual Run ini dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan satelit dalam kehidupan seharian.