Kugiran Masdo ingin kembali menemui peminat-peminat di Miri ! Kali terakhir bertemu peminat pada empat tahun lepas , 2018. Persembahan mereka bakal mendendangkan lagu hits mereka - “ Dinda”, “Janji Manis”, “Bercanda di Malam Indah”, dan “Teruna dan Dara” dan banyak lagi. Jadi para peminat semua, inilah masa dan peluang melepaskan kerinduan anda. Keindahan suasana malam di Eastwood Golf & Country Club, Miri pasti menambahan kemanisan memori anda menyaksikan persembahan penyanyi kesayangan ramai ini.
Ditubuhkan pada tahun 2015, Kugiran Masdo yang terdiri daripada Ali Sariah (vokalis utama ), Putuceri (basis ), Azham Ahmad (pemain dram), Asmawi (gitaris) dan Chakam ( keyboard ). Lagu hits Dinda pernah tercalon ke Anugerah Juara Lagu pada tahun 2020, sebelum itu mereka berjaya mendendangkan lagu “Bercanda di Malam Indah” di semi final Muzik Muzik 33.
Sokongan peminat-peminat setia Kugiran ini berjaya meletakkan nama Masdo sebagai Artis Malaysia paling banyak distrim di applikasi Spotify ( 1 Januari hingga 6 Januari 2022 ) dengan jumlah 1.481 juta kali didengar ! Manakala di applikasi Youtube pula, video muzik “Janji Manis” merangkul lebih 13 juta tontonan , video muzik lagu “Dinda” pula sebanyak 8.7 juta tontonan dan diikuti dengan hits “ Bercanda di Malam Indah “ sebanyak 2.5 juta tontonan.
Kemeriahan “Kugiran Masdo Live In Miri Show” ini bakal dimulakan dengan band anak-anak muda iaitu Retreo yang membawakan rentak Disco Rock ‘n Roll dan diteruskan oleh alunan suara dari gadis cantik manis , Sasha Ningkan pasti akan mempersonakan anda. Seterusnya kemunculan yang dinantikan oleh semua iaitu Kugiran Masdo.
Dianjurkan oleh ZIMM Events, dengan sokongan Borneo Jam untuk peminat-peminat Masdo khususnya di Miri . Inilah peluang anda berdansa irama 60an sambil melepaskan kerinduan.
Rebut peluang ini sekarang dan temui mereka di “Kugiran Masdo Live in Miri Show “ pada 9 Oktober 2022 ini.
*Perhatian
Kaedah pembayaran
Ticket2U menerima pembayaran melalui Pemindahan Bank Tempatan (FPX), kad kredit VISA dan MASTERCARD ( tempatan dan antarabangsa ).
AMEX adalah TIDAK diterima .
Pelanggan Antarabangsa -
Sila pastikan 3D Secure telah diaktifkan oleh pengeluar kad anda VISA dan / atau MASTERCARD.
Tanpa mengaktifan 3D Secure, pembelian tiket melalui VISA dan / atau MASTERCARD mungkin tidak berjaya.
Apa itu 3D Secure?
3D Secure ialah skema autentikasi yang memerlukan pemegang kad untuk memasukkan kata laluan tambahan apabila mereka membuat pembelian secara talian / online. Tertakluk kepada VISA atau MASTERCARD di mana-mana tempat / negara.
*Attention
Payment Methods
Ticket2U accepts payment via Local Bank Transfers (FPX), VISA and MASTERCARD credit cards (local and international).
AMEX is currently NOT accepted.
International Customers -
please ensure that 3D Secure has been enabled by the issuer of your respective VISA and/or MASTERCARD.
Without 3D Secure enabled, your ticket purchase via VISA and/or MASTERCARD may not be successful.
What is 3D Secure?
3D Secure is an authentication scheme that requires the cardholder to enter an additional password when they make an online purchase.
Applies to Visa and Mastercard in any region.