Seminar dan Perkongsian Pakar IT, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau dikenali sebagai SEKOPI UKM dianjurkan oleh Pusat Teknologi Maklumat, UKM dan akan diadakan pada 15 Mac 2023. Program ini merupakan acara perhimpunan terbesar pengamal ICT seluruh UKM dan juga luar UKM dalam satu wadah perkongsian ilmu dan kepakaran. Acara istimewa ini juga turut disertai oleh pemain industri IT dari syarikat-syarikat swasta meliputi pengatur cara sistem, pemilik syarikat atau pekerja bebas dari industri IT serta para mahasiswa tidak kira dari UKM mahupun IPT yang lain.
Tiket untuk menyertai SEKOPI UKM adalah RM70 sahaja (tidak termasuk fee ticket2u). Peserta yang membeli tiket akan mendapat peluang masuk ke semua seminar IT, kupon makan bernilai RM10, cenderahati dan sijil penyertaan (digital).
Selain itu, program ini juga akan disertakan dengan pembukaan booth-booth pameran ICT dari syarikat-syarikat luar dengan lawatan PERCUMA diberikan kepada para pengunjung. Bagi sesiapa yang tidak membeli tiket SEKOPI, masih berpeluang mengunjungi booth-booth pameran ICT yang disediakan.