Teater Musikal Siti Di Alam Fantasi 2.0
Ia mengisahkan seorang budak perempuan kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Suatu hari ayah Siti, Tuan Malim mahu meraikan hari jadi Siti tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah, tetapi Siti berjaya diselamatkan oleh Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu kemudian membuka rahsia, kekayaan keluarga Siti datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri itu, kelak papa kedanalah tujuh keturunan mereka. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari semula geliga hikmat itu.