Karnival Lestari Alam (KALAM 1.0) merupakan sebuah cetusan idea pengasas Yayasan Stategik Lestari (YSL) yang merasakan perlunya sebuah platform yang lebih besar dan ternama di perkenalkan di Malaysia.
Bertitik tolak dari itu, Yayasan Strategik Lestari bersama rakan kongsinya telah bersetuju untuk melaksanakan Karnival Lestari Alam bermatlamatkan untuk menjadi tempat pertemuan dan perbincangan pelbagai pemegang taruh sama ada dari pihak NGO. NGI, Swasta, Badan Berkanun, Kerajaan dan yang paling penting ialah masyarakat awam bagi mencapai kata sepakat bagi memastikan kelestarian alam sentiasa dipelihara dan dipulihara.