Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Teater Negeri Johor & Gerak Teater Johor dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan Tourism Johor akan mementaskan sebuah karya agung dari Shaharom Hussain. Teater ini adalah gabungan barisan Karyawan Seni Teater Negeri Johor di dalam satu produksi bertajuk “Jauhar Tanah Permata, Harimau Johor” yang akan dipentaskan pada 24 & 25 Mei 2024 pada jam 8.30 malam dan persembahan Matinee pada 25 Mei 2024 , jam 3.00 petang bertempat di Auditorium JOTIC, Johor Bahru. Pementasan ini melibatkan hampir 80 orang tenaga produksi yang terdiri dari pelakon, pemuzik, penari dan kumpulan teknikal.
Sinopsis
Cerita beradaptasikan dari naskah Harimau Johor yang diarah oleh Senjakala, manakala skripnya diolah bersama Senjakala dan Mann Cik Kah yang mengisahkan pada zaman pemerintahan Temenggong Ibrahim di Teluk Belanga sekitar tahun 1850-an, lanun-lanun telah mula bermaharajalela di Johor terutamanya dari Mersing sehingga ke Ramunia. Bagi menghapuskan perbuatan kejam dan zalim oleh lanun-lanun ini, Temenggong Ibrahim telah menitahkan Nong Mutalib atau gelarannya HARIMAU JOHOR untuk menentang kekecohan lanun-lanun yang tidak berperikemanusiaan ini. Kehadiran Nong Mutalib di Penggerang memberikan kelegaan terhadap orang kampung di sana, akan tetapi turut berhadapan dengan tentangan kerana tidak berpuas hati terutamanya dari Labek, Pahlawan Penggerang yang menjaga keamanan di sana . Dapatkah Nong Mutalib menghapuskan lanun-lanun kejam di Tanah Jauhar? Mari sama-sama saksikan apakah kesudahannya... Jauhar Tanah Permata.