Anda pengajar Pengaturcaraan? Sertai bengkel ini untuk mempelajari cara membina soalan pengaturcaraan berstrategi menggunakan PEMANCAR. PEMANCAR adalah Model Pengajaran berasaskan Teori Beban Kognitif yang dihasilkan melalui kajian di UKM. Ia memperkenalkan penggunaan contoh-kerja (worked-example) dalam pengajaran pengaturcaraan bagi menyokong pelajar membina selesaian tugasan pengaturcaraan. Mengikut PEMANCAR pembinaan soalan tugasan dan soalan contoh-kerja ini perlu mempunyai kaitan. Bagaimana soalan PEMANCAR berbeza dengan soalan pengaturcaraan biasa? Bagaimana pendekatan ini dapat memperkasa pengajaran pengaturcaraan dan membantu pelajar menyelesaikan masalah pengaturcaraan dengan lebih berkesan? Temui jawapannya pada bengkel ini!.
{{$t("More info on this event")}}
Bengkel ini memberi pengetahuan kepada pengajar pengaturcaraan kaedah membina soalan pengaturcaraan berstrategi menggunakan PEMANCAR. PEMANCAR adalah model pengajaran pengaturcaraan berasaskan teori beban kognitif, dihasilkan melalui kajian di UKM. PEMANCAR mengesyorkan soalan pengaturcaraan berasaskan matlamat yang dibina yang mempunyai hubung-kait dengan contoh-kerja (worked-example). Contoh-kerja adalah kombinasi soalan dan penyelesaian pengaturcaraan yang lengkap. Pembelajaran menggunakan contoh-kerja daripada penyelesaian pakar dapat memberikan pemahaman penyelesaian masalah yang bermakna kepada pelajar. Pengalaman dan pemahaman daripada contoh-kerja ini seterusnya dapat mengurangkan beban kognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah pengaturcaraan yang baharu. Bengkel ini akan memberi panduan kepada pengajar menghasilkan soalan pengaturcaraan dan contoh-kerja secara berstrategi mengunakan PEMANCAR dan mencadangkan pelan pengajaran untuk menggunakannya dalam pengajaran pengaturcaraan. Bengkel ini turut memperkenal Codezinger sebagai tools yang menyokong pengajaran pengaturcaraan.
Tiada pemulangan bayaran setelah pendaftaran dilakukan.