MR DAILY BEKAL 2025 – MAKLUMAT RASMI PERTANDINGAN
Para Atlet yang dihormati,
Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa MR DAILY BEKAL 2025 akan berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur, dari 13 hingga 15 Jun 2025.
Ini bukan sekadar pertandingan bina badan biasa – MR DAILY BEKAL 2025 menawarkan jumlah hadiah tertinggi di Malaysia, sehingga RM100,000! Selain itu, kami berbangga menjadi pertandingan pertama di Malaysia yang diadakan dalam dewan pameran, dengan lebih 200 jenama sukan dan penaja yang akan mempamerkan produk mereka. Ini memberikan peserta pendedahan yang luar biasa kepada peluang penajaan.
MAKLUMAT PENDAFTARAN
Penyertaan dalam pelbagai kategori dibenarkan. Klik pada kategori yang ingin anda sertai dan lengkapkan pendaftaran dengan membuat bayaran.
Early Bird Registration (Sehingga 31 Mac 2025): RM350 setiap kategori. Jika menyertai 2 kategori, akan mendapat diskaun RM60 bagi setiap kategori tambahan.
Standard Registration (1 April - 31 Mei 2025): RM450 setiap kategori.
Final Registration (Pendaftaran dalam talian akan ditutup pada 12 June 2025, jam 23:59 PM): RM550 setiap kategori
SPRAY TANNING SERVICE
Semua atlet diwajibkan menggunakan perkhidmatan Pro Tan pada hari penimbangan berat (13 Jun 2025). Pendaftaran awal akan dibuka melalui pautan ini untuk memastikan proses berjalan lancar:
Daftar Spray Tanning
JADUAL ACARA
SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Bolehkah saya menyertai lebih daripada satu kategori?
Ya! Atlet dibenarkan untuk mendaftar dalam pelbagai kategori. Jika menyertai 2 kategori, anda akan mendapat diskaun RM60 bagi setiap kategori tambahan.
2. Bila saya akan menerima pengesahan pendaftaran?
Anda akan menerima e-mel pengesahan tiga minggu sebelum pertandingan.
3. Adakah saya perlu menggunakan perkhidmatan rasmi Spray Tanning?
Ya, semua atlet diwajibkan menggunakan perkhidmatan Pro Tan.
4. Bolehkah saya mendaftar pada hari pertandingan?
Ya, tetapi yuran penyertaan pada hari pendaftaran(walk in) pada 13 Jun 2025 adalah RM700 setiap kategori dan tertakluk kepada kekosongan.
5. Adakah terdapat peluang untuk mendapatkan penajaan?
Ya! Dengan 200+ jenama sukan dan penaja hadir, peserta mempunyai peluang hebat untuk mendapatkan tajaan.
6. Bagaimana saya boleh menghubungi pihak penganjur?
Untuk sebarang pertanyaan, sila whatsapp kami di 016-5786258.
Bersedia untuk bertanding, pamerkan fizikal anda, dan rebut peluang memenangi hadiah terbesar di MR DAILY BEKAL 2025!