Buat julung-julung kalinya, dua nama besar dari Indonesia dibawakan di atas satu pentas di Kota Kinabalu Sabah. Kotak dan Ello dihadiahkan kepada para peminat di Sabah atas nama KONSERT 2 DEKADE – KOTAK X ELLO – LIVE IN MALAYSIA.
Kotak merupakan kumpulan muzik rock terkenal yang terdiri daripada tiga pemuzik berbakat iaiti Tantri, Chua dan Cella. Kotak telah menghasilkan banyak album sepanjang 20 tahun yang lalu. Kotak juga telah memenangi pelbagai anugerah muzik di Indonesia dan juga di peringkat antarabangsa.
Marcello Tahitoe, atau lebih dikenali sebagai Ello, ialah seorang penyanyi berbakat di Indonesia yang telah menghasilkan beberapa album dalam tempoh 20 tahun yang lepas. Beliau turut menerima pelbagai penghargaan Anugerah Muzik Indonesia di sepanjang karier muzik ya. Ello kini juga dikenali sebagai salah seorang penyanyi utama kumpulan Rock legenda, Dewa 19.