ASMARA DANSA: Aruel and The Fasola

Asmara Dansa — Merupakan sequal persembahan showcase eksklusif berprestij, direka dengan spesifikasi setaraf konsert sebenar dengan menampilkan artis - artis terkenal tanah air
Membuka tirai pentasnya dengan kerancakan Pesta Ronggeng, yang dipersembahkan oleh Aruel and The Fasola
Sempena meraikan Hari Ibu, Aruel and The Fasola bakal menghidangkan anda dengan seleksi muzik yang vibrant dan energetic dalam alunan malar segar lagu-lagu klasik di era 40-an sehingga 60-an dalam nuansa baru, sinonim dengan sambutan hari ibu.
Ayuh beramai-ramai kita menyusuri lorong kenangan dalam Pesta Ronggeng!!
ASMARA DANSA: Aruel and The Fasola adalah penghormatan buat para ibu dan seluruh peminat seni muzik tempatan, dalam sebuah malam yang penuh kehangatan, memori dan pesona.
Satu malam. Satu cinta. Satu pesta ronggeng untuk dikenang selamanya