Seminar How To Read a Book will be organized at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) on 6th August 2016 (Saturday).
* For more information, please visit this website https://www.facebook.com/events/259790737733130/
Seminar How To Read a Book merupakan seminar berinspirasikan turath klasik "How To Read a Book: The Classic Guide to Intelligent Reading" karangan Mortimer J. Adler & Charles Van Doren yang popular dan menjadi rujukan penting sejak pertama kali diterbitkan pada tahun 1940 sehingga kini.
Seminar ini julung-julung kali dianjurkan untuk menyampaikan kandungan buku ini secara komprehensif dan praktikal kepada para peserta, dengan misi membantu pembaca mengatasi halangan yang wujud, di samping memperkenalkan panduan membaca buku yang berkesan dalam usaha membina tabiat membaca sepanjang hayat (lifelong reader).
Apa nilai pelaburan anda?
-> Mengenal dimensi-dimensi pembacaan yang pelbagai
-> Pelajari tahap-tahap pembacaan yang berbeza
-> Kuasai kemahiran memaksimakan manfaat daripada sebuah buku (make the most out of a book)
-> Pelajari tabiat membaca buku yang berkesan
-> Pelajari kemahiran membaca genre buku yang pelbagai : sejarah, sastera, matematik dan lain-lain
-> Membina jaringan persaudaraan dengan pencinta buku di seminar ini
-> Peluang berinteraksi dua hala mengajukan soalan/kemusykilan kepada penyampai sepanjang seminar
Daftar sekarang di bit.ly/htrab sebelum terlambat
Profail penyampai
Sdr Hazman Baharom merupakan graduan Universiti of Manchester, United Kingdom dalam pengajian Ekonomi & Sosial. Beliau adalah salah seorang pengasas Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) dan kini sedang melanjutkan pengajian Sarjana di Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Merupakan seorang pembaca tegar dan pengarang buku "Renungan Kemasyarakatan".
Siapa yang wajar menyertai seminar ini?
-> Mahasiswa di semua peringkat pengajian
-> Tenaga pendidik di semua peringkat institusi
-> Organisasi, badan-badan, institusi, persatuan yang berkongsi misi yang sama iaitu meningkatkan kualiti membaca di kalangan ahli mereka
-> Sesiapa sahaja yang berdepan cabaran memupuk tabiat membaca buku secara konsisten
-> Sesiapa sahaja yang mahu menjadi pembaca buku yang serius
-> Peminat buku tegar yang mahu meluaskan jaringan kenalan sesama mereka
Yuran penyertaan
RM50 sahaja (minum pagi dan makan tengahari disediakan)
Daftar online di bit.ly/htrab segera dan ajak rakan-rakan bersama