HOSPITAL SERDANG
Hospital Serdang terletak di Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Lokasinya bersempadanan dengan South Kajang Valley Expressway (SKVE) di sebelah timur dan Fakulti Perubatan UPM di sebelah barat. Pembinaan hospital ini adalah untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada lebih kurang 570,000 penduduk di kawasan Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.