Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang dahulunya dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) adalah sebuah syarikat berhad yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 dengan tujuan untuk mengangkat industri terjemahan dalam negara, menangani urusan berkaitan terjemahan dan kejurubahasaan, selain bertanggungjawab merangsang usaha pemindahan ilmu pada semua peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.