Bengkel 1 : Bikin Filem ala Gerila will be organized at Content Malaysia Pitching Centre on 17th September 2016 (Saturday).
* For more information, please visit this website https://www.facebook.com/events/554424274745216/
Bikin filem ala gerila bersama Zan Azlee
Kini sesiapa sahaja mampu membikin filem. Segala hal dalam pembikinan filem menjadi murah serta mudah. Filem kini boleh dibikin hanya dengan menggunakan telefon bimbit di dalam poket. Masih ragu ? Maka dalam bengkel ini, kami menjemput Zan Azlee (penulis buku GUIDE TO INDEPENDENT FILMMAKING) untuk sama-sama berkongsi tentang bagaimana menggunakan apa yang kita ada untuk menghasilkan sebuah filem.
**********
Tentang Zan Azlee
Pada awal 2000, Zan Azlee menyertai akhbar The Sun sebagai wartawan teknologi maklumat untuk NetLife, naskhah tambahan bagi akhbar itu. Disebabkan Zan berminat akan bidang kewartawanan, beliau menyertai ijazah Sarjana dalam Kewartawanan Siaran lalu menyertai ntv7 bagi membuat liputan dalam gaya hidup teknologi maklumat. Zan kemudian tertarik kepada penerbitan dan pengarahan filem dokumentari sendiri. Dalam usaha ini, beliau mencapai kejayaan sewaktu sebilangan filemnya ditayangkan, bukan sahaja dalam pesta filem tempatan tetapi juga dalam pesta filem antarabangsa. Zan juga menjadi salah satu anggota pasukan perintis yang memulakan TV Cyberjaya, stesen televisyen internet yang pertama di Malaysia.
Filmography:
-Guide to Afghanistan: The Adventures of a KL-ite
-I MAY BE MALAYSIAN, BUT I CARRY A BIG STICK
-I'M MUSLIM TOO! Heading to the border (AKA: THE LIFE & TIMES OF AN ISLAMIC INSURGENCY)
-I’M MUSLIM TOO!
-KAMPUNG BARU ALAF BARU (AKA: NEW VILLAGE NEW AGE)
-THE LOOK-EAST PROJECT
*********
Syarat Penyertaan :
1) Warganegara Malaysia
2) Minat nak bikin filem
emelkan nama, nombor kad pengenalan & nombor telefon
kepada:
[email protected]
Oleh kerana kami inginkan suasan bengkel yang kondusif, kami hanya akan menerima 15 penyertaan sahaja.