Wacana: Shajarah ‘Alam Melayu & Cabaran Ketamadunan will be organized at Klasika Media on 4th October 2016 (Tuesday).
* For more information, please visit this website https://www.facebook.com/events/706811582806502/
Wacana:
Shajarah ‘Alam Melayu & Cabaran Ketamadunan
bersama
Syed Muhiyuddin al-Attas dan Iqbal Zayn al-Jauhari
4 Oktober 2016 (SELASA) | 8.00 pm - 11.00 pm
Dimulai dengan bacaan Mawlid al-Ḍiyā'u al-Lāmi‘
Di dalam siri wacana yang lalu, kedua pembicara telah membahaskan pemikiran Professor Syed Naquib Al-Attas dan Al-Habib Abu Bakr Al-Adni berkenaan cabaran zaman dan bagaimana mempersiapkan diri bagi menghadapinya.
Wacana kali ini bertujuan untuk memberikan penerangan berkenaan keistimewaan ‘Alam Melayu bagi tugas yang amat penting ini. Sebagai sebuah tamadun Islam yang memiliki asas kebudayaan dan shajarah yang kukuh, ‘Alam Melayu telah mampu membekalkan umatnya dengan makna diri yang kukuh dan nilai-nilai terpuji dari pandangan alam yang jernih, sehingga mampu menyantuni pelbagai agama dan budaya.
Ketahui bagaimana sifat raḥmatan li'l-'ālamīn yg menjadi salah satu ciri utama tamadun Melayu sebagai tamadun Islāmi ini mampu mendepani cabaran semasa yg datang dari pensekularan sebagai sebuah rencana falsafah dan lain lain permasalahan yg terbit darinya.