Tahun ini, untuk julung kalinya Entrepreneur Insight akan mengadakan Konvensyen Usahawan Bumiputra (KUB). Konvensyen yang bakal diadakan di Dewan MATRADE, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2017 dijangka akan dihadiri oleh hampir 2,000 para usahawan bumiputra.
Initiatif yang disokong kuat oleh pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ini bertujuan untuk meluaskan lagi rangkaian sesama usahawan serta memantapkan lagi ilmu keusahawanan domestik dan antarabangsa.
AHLI PANEL
Ahli panel KUB terdiri daripada usahawan-usahawan bumiputra yang terkemuka di Malaysia, seperti Dato’ Aliff Syukri yang terkenal dengan slogan “Terlajak Laris”; Datuk Wira Dr Hj Ali Mydin yang berjaya membawa nama beliau sendiri sebagai satu jenama terkemuka, serta para pengusaha lain yang dikenali orang ramai; Dynas Mokthar yang bukan sahaja berbakat dari segi lakonan malah dari segi perniagaan; Zikri Kholil seorang usahawan muda yang aktif serta sering menggalakkan sikap kesukarelawan melalui penonjolan yang positif dan banyak lagi ahli-ahli panel lain.
TOPIK AHLI PANEL
“Eh! Bolehke?” Perniagaan pasar malam ke syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.
Portfolio Unggul: Mampukah saya bersaing dengan bakat yang terbaik?
Tahniah! Belajar cara sempoi untuk penutupan perjanjian jualan maksimum!
Focus 2017! Strategi “Walk the Talk” pemasaran melalui penggunaan bajet terhad.
Rahsia Terbongkar!! Jom dengar tip-tip biznes bagi peniaga baru.

Layari www.kub.my untuk ketahui lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan dan kerjasama, sila hubungi: 012-378 8683 / [email protected].