Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia

Grand Iftar Ihsan 2023 adalah acara khas dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia dengan kerjasama PERKIM, Rumah Ngaji, Pertim, Piagam dan Hayrat YadimPertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia (Mahabbah) adalah sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) keusahawanan dan kemanusiaan ditubuhkan pada tahun 2011 bertempat di Selangor. Mahabbah telah diasaskan oleh Dr. Hajjah Azzah Muyassarah Asat. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. PERKIM banyak menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan di Malaysia.Rumah Ngaji diasaskan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI). Konsep yang dicetuskan adalah organisasi tanpa keuntungan. Peranan Yayasan WUI adalah untuk mengajak masyarakat kembali kepada Al-Quran melalui konsep dan sinergi dalam hasrat membawa masyarakat untuk baca, faham dan amalkan Al-Quran sehingga lahir akhlak sebagai muslim sejati.Persatuan Tadika Islam Malaysia PERTIM yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhidin Bin Mokter adalah badan induk yang memayungi pengusaha tadika-tadika Islam di seluruh negara menjadi satu platform untuk semua warga pedidik pendidikan awal kanak-kanak.Pertubuhan Ikatan Pembangunan Usahawan Malaysia (Piagam) adalah Rangkaian perniagaan di kalangan usahawan . Ia dianggotai oleh usahawan-usahawan profesional pelbagai bidang pengkhususan. Ditambah pengalaman mengendali training skills dan entreprenuership programme selama lebih 20 tahun.Hayrat Yardim pertubuhan bukan kerajaan yang terkemuka dalam bidang bantuan kemanusiaan, baik di Turkiye mahupun pada skala global. Pertubuhan ini telah menyampaikan bantuan kepada berjuta-juta orang yang memerlukan di 5 benua dan 70 negara dengan 300 pusat penyelarasannya di Turki dan penyelarasan kira-kira 30 negara di luar negara, dan menjalankan kerja yang diselaraskan dengan agensi kerajaan, institusi dan organisasi dalam dan luar negara.

Our Events / Promotions

No Upcoming Event. Stay Tuned!

What People Says About Us

If you participated in our events before, or going to attend our events, why not leave a footprint to share your experience, feedbacks, and expectations to help us improve!

Our Blog / Articles

No blog / article yet

Our Facebook Page

Our TikTok Page

The organizer did not reveal their TikTok page.

Our Instagram Page

The organizer did not reveal their Instagram page.